SOALAN PERUBATAN ( TAMBAHAN )
Lembaga Perubatan merupakan badan yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kes-kes yang berkaitan masalah kesihatan pegawai.
- Jelaskan keanggotaan Lembaga Perubatan.
Keanggotaan tetap ialah :
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Pengarah JPA
Ketua Pengarah Kesihatan
Dua orang ahli dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Salah seorang mestilah doktor pakar dalam kes penyakit pegawai.
- Dalam situasi apakah Lembaga Perubatan boleh dipanggil untuk menyelesaikan kes kesihatan pegawai?
- Pegawai didapati tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa bergaji penuh maksimum 180 hari ( Perintah Am 22 Bab C Pindaan …..), 90 hari bergaji separuh dengan syarat mendapat cuti sakit.
- Pegawai tidak ada harapan untuk sembuh dan tidak upaya untuk bekerja.
- Pegawai mengambil cuti sakit 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut.
- Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragukan.
- Apabila pegawai tercedera semasa bertugas.
- Apabila pegawai disahkan menghidap penyakit tibi, kusta dan barah kerana pegawai akan diberi cuti selama dua tahun bergaji penuh.
- Apabila pegawai dan keluarga diperiksa dan perlu mendapat rawatan keluar negara kerana rawatan sedemikian tidak ada dalam negara.
Soalan 7 ( Perubatan)
Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
a. Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.
Jawapan
1. Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad yang sama seperti pegawai sendiri.
2 Kadar bayar wad sama dengan kadar bayar wad untuk pegawai.
3. Sekiranya anak pagawai murid sekolah tidak melebihi tingkatan 5, dikecualikan bayaran wad apabila ia dimasukkan ke dalam wad kelas 2.
Gred | Kelas Wad | Bayaran sehari |
Gred Khas dan ke atas. Kategori I hingga III yang bergaji RM3138 dan ke atas | Kelas 1 bilik seorang | RM 10.00 |
Kategori III yang bergaji RM3,137 dan ke bawah hingga Kategori VI | Kelas 1 bilik berdua | Rm 8.00 |
Kategori VII hingga VIII | Kelas 1 bilik bertiga | RM6.00 |
Kategori IX hingga XI | Kelas dua Kelas tiga | RM 3.00 Percuma |
b. Jelaskan tafsiran ’keluarga pegawai’ yang layak menerima kemudahan
rawatan percuma selepas kematian pegawai.
Jawapan
- Keluarga pegawai bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya.
- Anak-anak yang layak berumur bawah 18 tahun, sekiranya masih belajar di bawah 21 tahun.
- Anak-anak yang daif ( kelemahan otak atau jasmani ) tiada had umur.
- Anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat yang didaftar mengikut peruntukan undang-undang.
- Balu seorang pegawai dianggap keluarga pegawai.
- Ibu bapa yang sah bererti ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang bertalian keluarga yang sah di sisi undang-undang
- SOALAN 5
-
En.Johan, Pengetua Institut Perguruan Keningau telah diperuntukkan buat pertama kali sebuah rumah kerajaan keas C yang merupakan rumah khas jabatan
a. Jelaskan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh Johan semasa beliau mendiami rumah tersebut
Jawapan
1. Meminda rumah adalah dilarang.Dilarang membuat pindaan mana-mana bahagian dalam dan luar rumah tanpa kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya setempat
2. Menyewa rumah adalah dilarangPegawai adalah dilarang daripada menyewa mana-mana bahagian rumah yang diperuntukan kepadanya. Salain daripada pegawai,keluarga ,orang gaji serta tetamu sementara sahaja.
3. Larangan berternak binatang .Pegawai adalah dilarang daripada memelihara binatang ternakan termasuk ayam itik di mana-mana bahgaian rumah.
- Huraikan tanggungjawab En. Johan sebagai penghuni rumah tersebut.
Jawapan
1. Tanggungjawab membersih kawasan
Tanggungjawab setiap pegawai yang mendiami rumah menjaga sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga kawasan rumah , termasuk kerja menotong rumput dan membersihkan sampah sarap di kawasan rumah.
2. Tanggungjawab melaporkan kerosakan.
Pegawai bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan rumah yang diduduki dengan segera. Laporan dibuat melalui borang J.K.R.Pegawai bayar sendiri atas kerosakan sekiranya gagal membuat laporan segara.
3. Melaporkan kemasukan ke rumah kerajaan.
Pegawai menerima tawaran mendiami rumah daripada Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan kepada Jabatan kerja Raya untuk menandatangan sijil akuan masuk rumah.
Pegawai laporkan tarikh masuk rumah kepada Pegawai Perumahan yang akan dimaklumkan kepada Ketua Jabatan pegawai berkenaan untuk urusan potongan elaun rumah..
4. Melaporkan untuk kosongkan rumah.
Pegawai perlu laporkan kepada J.K.R dan Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh keluar rumah.
5. Serahan kunci.
Pegawai perlu serah kunci kepada J.K.R dan tandatangan sijil akuan keluar rumah.
6. Tanggungjawab mematuhi peraturan.
Pegawai mendiami rumah perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan .
No comments:
Post a Comment