Saturday, 18 June 2011

SOALAN PERUBATAN ( TAMBAHAN )

Lembaga Perubatan merupakan badan yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas  kes-kes yang berkaitan masalah kesihatan pegawai.

  1. Jelaskan keanggotaan Lembaga Perubatan.

Keanggotaan tetap ialah :
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Pengarah JPA
Ketua Pengarah Kesihatan

Dua orang ahli dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Salah seorang mestilah doktor pakar dalam kes penyakit pegawai.




  1. Dalam situasi apakah Lembaga Perubatan boleh dipanggil untuk menyelesaikan kes kesihatan pegawai?


  1. Pegawai didapati tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa bergaji penuh maksimum 180 hari ( Perintah Am 22 Bab C Pindaan …..), 90 hari bergaji separuh dengan syarat mendapat cuti sakit.

  1. Pegawai tidak ada harapan untuk sembuh dan tidak upaya untuk bekerja.

  1. Pegawai mengambil cuti sakit 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut.

  1. Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragukan.

  1. Apabila pegawai tercedera semasa bertugas.

  1. Apabila pegawai disahkan menghidap penyakit tibi, kusta dan barah kerana pegawai akan diberi cuti selama dua tahun bergaji penuh.

  1. Apabila pegawai dan keluarga diperiksa dan perlu mendapat rawatan keluar negara kerana rawatan sedemikian tidak ada dalam negara.
Soalan 7 ( Perubatan)

Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

a.         Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.

Jawapan

1.         Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad yang sama seperti pegawai sendiri.

2          Kadar bayar wad sama dengan kadar bayar wad untuk pegawai.

3.         Sekiranya anak pagawai murid sekolah tidak melebihi tingkatan 5, dikecualikan bayaran wad apabila ia dimasukkan ke dalam wad kelas 2.

           


        Gred
   Kelas  Wad
    Bayaran sehari

Gred Khas dan ke atas.
Kategori I hingga III yang bergaji RM3138 dan ke atas

Kelas 1 bilik seorang
RM 10.00

Kategori III yang bergaji RM3,137 dan ke bawah hingga Kategori VI

Kelas 1 bilik  berdua

Rm 8.00

Kategori VII hingga VIII
Kelas 1 bilik bertiga

RM6.00

Kategori  IX  hingga XI

Kelas dua

Kelas  tiga

RM 3.00

Percuma









b.  Jelaskan tafsiran ’keluarga pegawai’ yang layak menerima kemudahan
     rawatan percuma selepas kematian pegawai.


Jawapan

  1. Keluarga pegawai bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya.

  1. Anak-anak yang layak berumur bawah 18 tahun, sekiranya masih belajar di bawah 21 tahun.

  1. Anak-anak yang daif ( kelemahan otak atau jasmani ) tiada had umur.

  1. Anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat yang didaftar mengikut peruntukan undang-undang.

  1. Balu seorang pegawai dianggap keluarga pegawai.

  1. Ibu bapa yang sah bererti ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang bertalian keluarga yang sah di sisi undang-undang
  2.  SOALAN 5

  3. En.Johan, Pengetua Institut Perguruan Keningau telah diperuntukkan buat pertama kali sebuah rumah kerajaan keas C  yang merupakan rumah khas jabatan


    a.    Jelaskan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh Johan semasa beliau mendiami rumah  tersebut


    Jawapan

    1.         Meminda rumah adalah dilarang.
    Dilarang membuat pindaan mana-mana bahagian dalam dan luar rumah tanpa kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya setempat

    2.         Menyewa rumah adalah dilarang
    Pegawai adalah dilarang daripada menyewa mana-mana bahagian rumah yang diperuntukan kepadanya. Salain daripada pegawai,keluarga ,orang gaji serta tetamu sementara sahaja.

    3.         Larangan berternak binatang .
    Pegawai adalah dilarang daripada memelihara binatang ternakan termasuk ayam itik di mana-mana bahgaian rumah.




  4. Huraikan tanggungjawab En. Johan sebagai penghuni rumah tersebut.

Jawapan

1.         Tanggungjawab membersih kawasan
Tanggungjawab setiap pegawai yang mendiami rumah  menjaga sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga kawasan rumah , termasuk kerja menotong rumput dan membersihkan sampah sarap di kawasan rumah.

2.         Tanggungjawab melaporkan kerosakan.
Pegawai bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan rumah yang diduduki dengan segera. Laporan dibuat  melalui borang J.K.R.Pegawai bayar sendiri atas kerosakan sekiranya gagal membuat laporan segara.

3.         Melaporkan kemasukan ke rumah kerajaan.
Pegawai menerima tawaran mendiami rumah daripada Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan kepada  Jabatan kerja Raya untuk menandatangan sijil akuan masuk rumah.
Pegawai laporkan tarikh masuk rumah kepada Pegawai Perumahan yang akan dimaklumkan kepada Ketua Jabatan pegawai berkenaan untuk urusan potongan elaun  rumah..

4.         Melaporkan untuk kosongkan rumah.
Pegawai perlu laporkan kepada J.K.R dan Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh keluar rumah.

5.         Serahan kunci.
Pegawai perlu serah kunci kepada J.K.R dan tandatangan sijil akuan keluar rumah.

6.         Tanggungjawab mematuhi peraturan.
Pegawai mendiami rumah perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan .
 


Soalan 1A

Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasakerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendirimelalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20km daripejabatnya.Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasakerajaan dan apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melaluiPembiayaan Perumahan Kerajaan

Jawapan Soalan 1A

1.0 Pengenalan

Setiap penjawat awam yang berkelayakan boleh memohon untuk menggunakankemudahan perumahan kerajaan yang telah dibina untuk kemudahan kakitangankerajaan. Di seluruh negara, pihak kerajaan telah membina banyak kemudahanbagi kakitangannya bagi memudahkan mereka untuk mendapat rumah sebelummereka mendapat tempat tinggal sendiri. Namun begitu, bagi memastikan hartakerajaan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga, terdapatbeberapa peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap penjawat awam yangmendiami rumah kerajaan supaya mereka menjaga rumah yang telah diberikandengan sewajarnya. Sebagai contoh Encik Azlim ini, terdapat beberapa perkarayang perlu beliau titik beratkan ketika menghuni rumah kerajaan. Antaranyaadalah seperti dibincangkan di bawah.

2.0 Tanggungjawab semasa menduduki rumah biasa Kerajaan

2.1 Pegawai mesti patuh peraturan-peraturan dalam Bab E

Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atausesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh kerajaan, akandikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini.

2.2 Meminda rumah adalah dilarang

Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaankepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaranterlebih dahulu daripada JKR setempat. Mereka juga akanbertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepadabangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan olehpenggunaan yang sepatutnya

2.3 Menyewa dilarang

Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-manabahagian rumah yang telah diperuntukkan kepadanya. Selain daripadakeluarga dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidakada orang yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut.Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempatkediaman pegawai sendiri.

2.4 Larangan menternak binatang

Pegawai-pegawai adalah dilarang memelihara atau menternak binatangternakan, termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

2.5 Tanggungjawab membersihkan kawasan

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumahKerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah danjuga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumputdan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.

2.6.1Tanggungjawab melaporkan kerosakan

Tiap-tiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan KerjaRaya apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yangdidudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku ataudiketahui. Laporan ini hendaklah dibuat di atas borang permintaan JKRyang berkenaan. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini bolehmewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaanmembaiki atau mengganti yang diperlukan

2.6.2 Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya

Mana -mana kerosakan atau kekurangan kepada alat-alat perkakasrumah kerajaan, pegawai boleh dikehendaki membayar semua atausebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti.

2.7 Laporan memasuki rumah

Pegawai yang ingin memasuki rumah keraiaan hendaklah melaporkantarikh memasuki rumah tersebut. Seorang pegawai yang berpindah darirumah kerajaan hendaklah melaporkan kepada pihak JKR sebelum 14hari.

3.0 Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan

Pegawai dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebutkepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnyasupaya memotong sewa dari gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinanpemberitahuan Pegawai Perumahan itu hendaklah juga dihantar kepadaAkauntan Negara dan Juruaudit negara.

3.1 Laporan kosongkan rumah

Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklahmelaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya setempat dan jugaPegawai berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengosongkanrumah tersebut

3.2 Pegawai mesti menyerahkan kunci dll.

Pegawai juga dikehendaki menyerahkan semula kunci rumah kepada JKRsetempat apabila beliau telah berpindah bersama-sama dengan semuaalatan dan perabot yang sedia ada di dalam rumah tersebut.

3.3 Langkah yang perlu diambil selepas memiliki rumah sendirimelalui pembiayaan kerajaan

Pegawai keraiaan yang memiliki rumah sendiri melalui pembiayaanperumahan kerajaan dalam lingkungan 25 km dikehendakimengosongkan rumah kerajaan apabila memiliki melalui skim tersebutsiap dan selamat diduduki. Tempoh mengosongkan rumah biasa kerajaantersebut adalah 45 hari dari tarikh rumah siap dan selamat didudukimengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 13, Tahun 2007. Pegawai jugaboleh menuntut elaun perpindahan secara "lump sum" bagi kali pertama.

4.0 Penutup

Sebagai seorang penjawat awam, sewajarnya kita menghargai segalakemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk digunakansemua kakitangan kerajaan. Apabila menggunakan harta kerajaan,sewajarnya harta-harta ini dijaga seperti amanah yang telah diberikan olehmajikan kita kerana harta ini turut dikongsi dengan kakitangan awam yanglain dan bukanlah hak milik kekal kita. Ingatlah hak-hak penjawat lain yangakan menghuni rumah kerajaan yang kita duduki sekarang dan jagalahkemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin agar dapat digunapakai olehindividu lain di masa akan datang



SOALAN KISSM

Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasiharus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yangmencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungiawab mereka.Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan perkhidmatanyang lebih efisien dan efektif. Untuk itu, setiap anggota organisasi hendaklahsentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sediaada.Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55


Bincangkan bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan selaras dengan teras kelima dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010

Jawapan Soalan 2A

1.0 Pengenalan
Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010adalah untuk mengangkat martabat profesyen keguruan. Ini selaras denganhasrat kerajaan untuk meningkatkan kembali kembali taraf profesionalismakerjaya ini di mata masyarakat. Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak insiden-insiden yang kurang menyenangkan yang melibatkan institusi pendidikantanahair baik dari segi sistemnya mahupun dari segi pelaksana dasar itu sendiriiaitu guru dan juga seterusnya para pelajar semua. Guru yang merupakan nadiutama dalam menggerakkan sistem pendidikan seharusnya memberi sepenuhperhatian dan daya usaha mereka dalam memartabatkan profesyen ini agar kembali dihormati dan diyakini oleh golongan masyarakat amnya. Banyak yangperlu dijadikan amalan dalam budaya kerja guru hari ini agar kerjaya sebagaiseorang guru akan terus disanjung tinggi di mata masyarakat. BerdasarkanPIPP, terdapat beberapa aspek yang boleh dijadikan panduan dan amalan bagipara guru.

2.0 Amalan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan

2.1 Mengamalkan budaya ilmu.2.1.1 Pembelajaran sepanjang hayat

Budaya ilmu merupakan kunci kepada kecemerlangan sebuahtamadun. Tanpa ilmu pengetahuan, walau sehebat mana ataupunsekaya mana sesebuah negara itu, rakyatnya tidak akan dapatmenggunakan segala kelebihan yang mereka miliki untukmemajukan diri sendiri dan juga negara. Maksud budaya ilmuadalah seperti amalan suka membaca, bertukar-tukar idea untukmeemantapkan pengajaran dan pempbelajaran dengan guru-gurulain terutamanya guru-guru cemerlang dan juga amalan sentiasa

dahagakan ilmu-ilmu baru yang sememangnya banyak terdapatsamada di dalam buku mahupun mahupun dalam kursus-kursusyang disediakan oleh pihak kementerian.

2.1.2 Mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh harisetahun

Sepanjang tahun dalam kalendar persekolahan, terdapat banyakjenis kursus yang disediakan untuk para guru di seluruh pelusuknegara. Kursus yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaranini secara amnya adalah bagi memberi latihan kepada guru-guruagar mereka sentiasa memiliki kemahiran terkini dalam duniapendidikan. Kemahiran dan maklumat yang disampaikan ketikakursus ini pula mesti dibawa balik dan disampaikan pula secara ” inhouse” kepada guru-guru lain agar ilmu yang diperoleh ketikaberkursus turut sama dikuasai oleh guru-guru di sekolah. Setiapguru mesti memenuhkan sekurang-kurang 7 hari dalam setahundengan menghadiri kursus samada kursus panjang atau pendek.

2.1.3 Menghadiri seminar, forum dan bengkel

Aktiviti seperti ini biasanya bersifat pendek dan tidak mengambilmasa yang terlalu lama. Seperti juga kursus, seminar, forum danjuga bengkel akan dapat memberi maklumat yang berguna kepadapara guru agar mereka sentiasa peka dengan perkembanganterkini dunia pendidikan.

2.1.4 Mengamalkan budaya membaca

Membaca merupakan jambatan ilmu. Jika seorang guru itu inginmelengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya, maka bukuseharusnya menjadi teman rapat dan sentiasa di bawa ke manasahaja. Pada masa kini, murid-murid seawal usia 6 tahun sudahmemiliki tahap berfikir yang setanding dengan kanak-kanak lain

yang lebih dewasa dari mereka. Kadang kala soalan yang diajukankepada guru-guru mereka juga adalah beraras tinggi dan di luar imaginasi orang yang lebih dewasa. Bagi seorang guru yangmempunya pengetahuan yang luas hasil dari amalan membacayang diamalkan, tidak menjadi satu masalah bagi mereka untukmenerangkan segala bentuk soalan yang diajukan yang diajukanoleh murid-muridnya.

2.1.5 Membuat penyelidikan

Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggotaorganisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dankemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dantanggungiawab mereka. Penyelesaikan masalah secaraprofesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisiendan efektif. Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasaberusahau ntuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yangsedia ada.
2.2 Kreatif dan inovatif

2.2.1 Sentiasa mencari kaedah-kaedah terbaru

Guru yang cemerlang dan inovatif biasanya mempunyai sikap yangkreatif dalam memperbaharui ilmu-ilmu berkaitan pedagogi yangdimilikinya. Kini terdapat banyak kaedah-kaedah mahupunpendakatan yang pelbagai yang boleh digunakan agar murid-muridlebih cepat memahami dan menguasai kemahiran yang diajar.Sentiasa mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran danpembelajaran dapat mengelakkan murid-murid merasa bosan dansentiasa membuatkan murid-murid berminat dengan apa yangdiajar

2.2.2 Sentiasa menggunakan teknologi terkini dalampengajaran

Teknologi terutamanya yang melibatkan ICT dalam penyediaanbahan bantu mengajar amat popular di kalangan guru-guru disekolah dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.Metod yang digunakan ini didapati amat sesuai dalam menarikminat murid-murid agar lebih fokus dengan apa yang diajar.Penggunaan teknologi juga memudahkan lagi tugas guru dalampengajaran di mana sebagai contoh, dengan menggunakanprojektor LCD, guru dapat menjimatkan masa untuk menulis dipapan putih dan paparan yang boleh dihasilkan juga amat menarik.

2.2.3 Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang pelbagai

Selain daripada pengunaan ICT dalam menyediakan bahan bantumengajar, bahan-bahan maujud lain juga yang sesuai bolehdigunakan dalam membantu pengajaran. Dengan menggunakanpelbagai bahan ini, murid akan lebih terangsang minda merekauntuk belajar dan pengalaman menimba ilmu akan menjadi lebihmenarik dan menyeronokkan.

2.3 Meningkatkan Integriti

2.3.1 Akan menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas

Guru merupakan satu tugas yang amat mulia samada dari segikemanusian mahupun di sisi agama. Jadi sebagai seorang guruyang baik, seharusnya tugas yang diberi dijalankan dengan jujur dan ikhlas agar ilmu yang diajarkan kepada murid-murid mendapatkeberkatan. Tanpa rasa keikhlasan hati adalah amat sukar bagiseorang guru itu untuk membentuk peribadi murid-muridnya agar menjadi insan yang baik dan berguna serta berjaya dalam semuaaspek kehidupan

2.3.2 Tidak akan melakukan penyelewengan terhadap tugasdan harta awam

Semua harta kerajaan seharusnya digunakan dan dijaga dengansebaik-baiknya kerana semua kemudahan yang diberi kepadaguru-guru itu bukan hak mutlak mereka sebaliknya akan digunasemula oleh orang lain yang selayaknya. Jadi seorang penjawatawam terutamanya guru jangan sekali-kali melakukanpenyelewengan terhadap segala amanah yang diberikankepadanya samada dalam tugas mahupun harta kerajaan yangdipinjamkan untuk memudahkan tugas seorang guru itu.

2.3.3 Akan menjalankan sebarang tugas dengan penuh telus

Seorang guru juga perlu memiliki sikap yang sentiasa tulus dalmmelaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan telusdalam semua perkara. Guru menjadi contoh dan teladan kepadamurid-murid, jadi peribadi yang telus akan memberi gambaran yangbaik kepada murid-murid akan kemuliaan tugas seorang guru itu.

2.3.4 Akan mengguna kuasa dengan adil dan saksama

Guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah. Jadi seorang guru ituperlu adil kepada semua pelajarnya tanpa membezakan latar belakang dan juga fizikal murid-murid tersebut. Setiap muridmempunyai hak untuk belajar, jadi tugas guru adalah memastikansemua ilmu atau kemudahan itu sampai kepada setiap orang muridtanpa pengecualian. Penerapan nilai juga perlu, iaitu nilai merentaskurikulum agar sikap yang terpuji dapat diterapkan dalam diri setiappelajar secara tidak langsung.

2.3.5 Membenci sikap tamak dan haloba

Sikap tamak dan haloba tidak sepatutnya ada dalam diri seorangguru. Jika sebaliknya, bagaimana seorang guru itu boleh menjadicontoh dan teladan kepada murid-muridnya. Guru juga seharusnyaberasa bersyukur tentang nikmat yang diperolehi kerana jukadibandingkan dengan negara-negara lain, kebajikan guru di negaraini lebih diutamakan dan mendapat perhatian yang sewajarnya olehpihak kerajaan.

2.4 Meningkatkan akauntabiliti diri

2.4.1 Dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungiawabTanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru itu amat besar.Bukan sekadar mengajar, cabaran yang lebih berat adalah untukmendidik murid-murid agar menjadi insan yang berguna. Jadidengan mempunyai sikap baik dan rasa tanggungjawab yang tinggimaka seorang guru itu pasti akan dapat melahirkan muri-muridyang cemerlang dan berjasa kepada negara.

2.4.2 Akan memastikan pencapaian objektif dan matlamattugas-tugas dan organisasi

Selain di kelas, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadaporganisasi sekolah dan juga bertanggungjawab memastikanpencapaian objektif yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah.Tugas-tugas selain mengajar yang diberikan juga perlu dilakukandengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

2.4.3 Sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa serta prosedur dan arahan

Semua penjawat awam tertakluk kepada undang-undang danperaturan yang telah ditetapkan sebagai seorang penjawat awam.Guru juga mempunyai etika kerja yang perlu dijaga dandiutamakan. Dengan sentiasa mengikut prosedur dan arahan yang

diberi, pasti seorang guru itu tidak akan menghadapi sebarangmasalah dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang pendidik.

2.4.4 Menjadi cekap dan mengutamakan sikap berhati-hatidan cermat

Kemahiran dalam pengurusan sumber dan bahan dapat dipupuksecara perlahan-lahan jika seorang guru itu seorang yang cekapdan bertanggungjawab dengan tugasnya. Semua kemudahan yangdisediakan perlu digunakan dengan cermat dan berhati-hati.Mereka perlu memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskanpenggunaan sumber-sumber awam.

3.0 Penutup

Tugas utama seorang guru itu adalah mendidik murid-murid supaya setiap modalinsan yang dilahirkan adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan negarauntuk mengisi kekosongan jawatan dan juga sebagai pemimpin-pemimpinnegara. Untuk melaksanakan tugas ini, sikap guru yang profesional dan jugaberintegriti tinggi serta sentiasa ingin memajukan diri sendiri amat diperlukan.Tanpa amalan kerja dan juga sikap yang berakauntabiliti, maka seorang guru itumasih belum lagi memiliki ciri-ciri seorang penjawat awam yang profesionaldalam menjalankan tugasnya. Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannyasikap-sikap dan amalan baik seperti yang telah dibincangkan sebelum ini perludijadikan garis panduan dalam menjalankan tugas agar guru yang cemerlangdapat dilahirkan dan meningkatkan lagi profesionalisma keguruan di negara ini

BAHAN KISSM


  • Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
  • Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.
  • Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  • Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  • Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  • Keempat ialah untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.
  • Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  • Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
  • Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  • Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
  • Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

ETIKA PERKHIDMATAN AWAM


PENGENALAN

 
Kejayaan sesebuah organisasi amnya atau negara khasnya bergantung kepada kewibawaan pelaksanaannya. Bagi menyokong kejayaan pelaksanaannya, setiap organisasi sama ada kecil atau besar, terutamanya pentadbiran sesebuah negara mesti mempunyai jentera pentadbiran yang mantap. Jentera pentadbiran yang cekap merupakan nadi utama kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu bagi memastikan jentera pentadbiran itu berjalan dengan baik maka kaki tangan yang menjalankan tugas mestilah mempunyai amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang telah digariskan.
Sekiranya amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni tidak dihiraukan maka akan berlaku berbagai kecurangan dan penyelewengan dalam jentera pentadbiran tersebut. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan masalah di mana segala dasar-dasar dan program-program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu di sini jelas menunjukkan dengan mengamalkan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang baik sangat penting dalam memastikan sesebuah pentadbiran itu berjalan dengan baik.



2. DEFINISI PENTADBIRAN

Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap. Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.
Untuk melaksanakan pengurusan satu organisasi. iaitu satu struktur atau sistem badan yang berwibawa diperlukan untuk melaksanakan peranan pentadbiran ini. Sistem pentadbiran negara boleh berjalan dengan baik jika organisasi itu mempunyai keahlian yang berhubung kait dan berhierarki, iaitu dalam organisasi itu ada golongan yang memerintah dan ada pula golongan yang menerima perintah dan memerintah kumpulan-kumpulan yang di bawahnya. Dengan perkataan lain, sistem pentadbiran negara ini memerlukan kerjasama di antara beberapa golongan agar golongan yang membuat dasar dan yang melaksanakan dasar itu.
Pentadbiran umumnya mempunyai cara dan sistem yang boleh berubah-ubah mengikut kemajuan politik, fahaman pemerintah dan keperluan rakyat. Masyarakat kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum jadi sistem kerajaan harus menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia. Bersesuaian dengan kepentingan ini sistem kerajaan menggunakan sistem demokrasi berparlimen.
Sistem demokrasi berparlimen ini berdasarkan undang-undang. Undang-undang menentukan hak dan tanggungjawab warganegara dan warganegara patut bertindak dan tunduk pada peraturan dan undang-undang. Berdasarkan perlembagaan inilah wujudnya sistem kerajaan demokrasi berparlimen di negara kita. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia merupakan suatu sistem yang melaksanakan dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk melaksanakan pembangunan dan memberi pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai sebuah negara persekutuan, sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Sistem pentadbiran kerajaan menjalankan lima peringkat yang penting iaitu membantu kerajaan membentuk dasar awam, merancang melaksana, menyelaras dan akhir sekali menilai kejayaan program-program dan projek-projek kerajaan. 

 
3. ETIKA PENTADBIRAN AWAM

Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi melaksanakan dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat di negara ini.
Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam dikemas kini bagi memenuhi sebarang keperluan mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tata kelakuan anggota Perkhidmatan Awam. Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan. Di antaranya ialah:

1. Teras Perkhidmatan Awam
2. Bersih, Cekap dan Amanah
3. Penerapan Nilai-nilai Murni
4. Kepimpinan Melalui Teladan
5. Pemakaian Tanda Nama
6. Kad Perakam Waktu
7. Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Untuk melaksanakan etika kerja yang baik anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Anggota Perkhidmatan Awam, di samping perlu memiliki nilai dan sikap yang positif, seharusnya juga mencari pendekatan baru bagi meningkatkan kepakaran agar mereka lebih cekap dan inovatif ke arah menyumbang kepada pembangunan negara. 



4. TAKRIF PERKHIDMATAN AWAM

Menurut Perkara 132 Perkhidmatan Awam adalah pentadbiran seperti terdiri seperti berikut:
a. Perkhidmatan Awam Persekutuan.
b. Perkhidmatan Awam Negeri-negeri
c. Perkhidmatan Awam Bersama
d. Perkhidmatan Pendidikan
e. Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
f. Pasukan Polis
g. Angkatan Tentera
h. Badan-badan berkanun, Penguasa Tempatan Persekutuan

Mengikut Tan Sen Dato’ Mahmud bin Taib (ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, INTAN, 1992) semua kakitangan agensi di atas adalah kakitangan awam atau “Penjawat Awam” yang makan gaji” bermula daripada jawatan yang paling tinggi hingga ke paling rendah.
Pentadbiran Awam merupakan satu tanggungjawab yang menjadi nadi kepada perjalanan sesebuah negara. Pentadbiran Awam amat penting dalam mempertahankan maruah negara, kepentingan awam dan keadilan semua rakyat. keberkesanan Perkhidmatan Awam diukur dan kesedaran dan kepuasan rakyat ke atas perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Awam.
Perkhidmatan Awam perlu memiliki pengurusan yang cekap, bersih, adil, amanah dan berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan dan kemajuan negara.
Setiap anggota Perkhidmatan Awam dilantik secara tetap, dasar-dasarnya dilaksanakan secara berterusan dan apabila seseorang itu dilantik maka bererti dia telah menandatangani suatu perjanjian untuk menunaikan tanggungjawab menyempurnakan amanah yang diberikan.

Anggota organisasi adalah pemegang amanah. Keutuhan organisasi bergantung kepada etika pengurusan yang terpuji. Oleh itu kecemerlangan organisasi adalah produk kepatuhan individu terhadap etika pengurusan.

Teras Perkhidmatan awam di Malaysia ialah:


KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Dan
PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM.
 
5. SEBAB-SEBAB DASAR ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN.

5.1 Permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam yang meningkat dan
mereka mahukan satu pentadbiran yang dapat memberi perkhidmatan
yang cekap dan berkesan.
5.2 Terdapatnya teguran dan aduan tentang ketidakcekapan perkhidmatan
awam. Oleh itu Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan untuk
mengurangkan teguran dan aduan tersebut.
5.3 Harapan agar Etika Perkhidmatan Awam dapat meninggikan lagi tahap
profesionalisme perkhidmatan awam.
5.4 Untuk mengawai faktor-faktor luaran seperti kemerosotan ekonomi
ancaman keselamatan dan gejala kurang sihat yang akan mempengaruhi
segolongan kecil pegawai am untuk menyalahgunakan kuasa yang
diamanahkan kepada mereka.



6. RASIONAL NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Nilai-nilai dan Etika Perkhidmatan Awam pada dasarnya adalah prinsip yang menjadi pegangan iman sesebuah masyarakat yang mengawal kehidupan masyarakat itu. Sumber-sumber nilai ini terdapat dalam agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran yang merupakan kebudayaan masyarakat tersebut.
kefahaman terhadap nilai-nilai tersebut adalah penting kerana nilai dan etika dapat:
a. menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagal pekerja negara.
b. memberi penyatuan dan penyelarasan di antara ahil perkhidmatan
awam sebagal institusi utama yang membuat sumbangan kepada
pembangunan tamadun manusia.
c. adalah standard mutlak bagi mendorong ahli-ahli perkhidmatan
awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan


7. MATLAMAT


Jangka pendek: untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti pengeluaran. Jangka panjang untuk mencapai keamanan, keadilan dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Oleh itu etika dan nilai-nilai murni hendaklah digembleng dalam rangka dasar Perkhidmatan Awam agar kualiti dan prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan ke arah kecemerlangan melalui usaha-usaha pengurusan yang berkualiti.

Langkah yang telah mereka ambil ialah menggubal dasar dan melaksanakan program-program berikut:
• Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep Perkhidmatan Cemerlang
• Penggunaan Kad Perakam Waktu
• Penggunaan Tanda Nama
• Sambutan Hari Perkhidmatan Awam
• Penyediaan Kertas Bertajuk: Amalan-amalan Yang Tidak Prod uktif
• Anugerah kualiti Perkhidmatan Awam
• Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
• Anugerah Khas Perkhidmatan Awam Bersih, Cekap dan Amanah
• Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam
• Kepimpinan Melalui Teladan
• Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
• Pekeliling Meningkatkan keberkesanan Perkhidmatan Awam
• Teras Perkhidmatan Awam
• Dasar Pandang ke Timur
• Anugerah Kualiti Perdana Menteri
• Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
8. KECURANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Kecurangan dalam Pengurusan Perkhidmatan Awam bermaksud wujudnya tata laku yang melencong dari etika dan nilai yang telah ditetapkan dalam dasar Perkhidmatan Awam. Impak kecurangan ini akan membawa kepada kepincangan institusi Perkhidmatan Awam dan seterusnya menyebabkan hilangnya kebolehpercayaan masyarakat terhadap kredibiliti dan kesahihan Perkhidmatan Awam. Akhirnya sistem dalam masyarakat akan menjadi porak-peranda dan hancur.

8.1 CONTOH PERBUATAN YANG DIANGGAP MELANGGAR TATA KELAKUAN
KAKITANGAN AWAM (PAM 4(1))

8.1.1 Bersubahat dengan Musuh-Musuh Negara:
Seseorang pegawai boleh dianggap tidak menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara dan kerajaan sekiranya dia bersubahat dengan unsur-unsur dan anasir-anasir subversif seperti ahli komunis, penagih dadah dan lain-lain.


8.1.2 Sengaja Membocorkan Rahsia Kerajaan:
Seseorang pegawai telah melanggar tata kelakuan ini jika membocorkan rahsia kerajaan kepada orang yang tidak berhak untuk mengetahui atau memilikinya. Contohnya menjual dan membocorkan kertas peperiksaan SPM. Melanggar Undang-Undang / Peraturan kerajaan dengan tujuan menentang Kerajaan:Umpamanya mogok atau meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran merupakan pelanggaran tata kelakuan.
8.1.3 Memperkecil-kecilkan dan memburuk-burukkan dasar serta tindakan
kerajaan:
Seseorang pegawai boleh dianggap telah melanggar tata kelakuan ini jika memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar kerajaan dalam sesuatu persidangan atau seminar antarabangsa dan sebagainya.

8.1.4 Mengelakkan din daripada mempertahankan dasar dan tindakan
kerajaan sedangkan adalah kewajipannya untuk berbuat demikian:
Seseorang pegawai boleh dianggap telah melanggar tata kelakuan ini jika tidak menjalankan tugasnya untuk mempertahankan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.


9. AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH JABATAN KERAJAAN UNTUK
MELAKSANAKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM (Pekeliling Am 5/79)


9.1 Pemberian Penghargaan:
Pegawai-pegawai yang memberi perkhidmatan yang cemerlang boleh diberi penghargaan dalam bentuk pingat, sijil kepujian, cenderamata dan kursus-kursus berkaitan.
9.2 Mengadakan Dialog dan Perbincangan:
Dialog dan perbincangan boleh diadakan dalam jabatan untuk menerangkan cara-cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam, dan ceramah oleh pegawai-pegawai atasan boleh diberi sebagai latihan dalaman dalam jabatan kerajaan.
9.3 Penubuhan Jawatankuasa seperti Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial:
Aktiviti-aktiviti yang sesuai dari segi kesihatan, kebajikan, sosial dan mengeratkan perhubungan di antara kakitangan kerajaan boleh diadakan melalui kelab-kelab tersebut.
9.4 Mengeluarkan Berita Jabatan Sebagal alat Komunikasi:
Berita jabatan boleh dikeluarkan sebagai salah satu alat komunikasi di antara kakitangan jabatan.

9.5 Mengadakan Malis Jamuan Teh atau makan:
Majlis seperti ini akan dapat memberi kesempatan kepada semua pegawai dan
kakitangan bergaul mesra antara satu dan seterusnya dapat menanamkan
semangat kekitaan.


10. TERAS PERKHIDMATAN AWAM.

10.1 . Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.


Ia bertujuan menggalakkan tiap-tiap kakitangan kerajaan mempunyai hasrat
untuk meninggikan mutu perkhidmatannya. Seseorang itu tidak harus berpuas
hati dengan apa yang dicapai setakat hari ini. Sebaliknya haruslah sentiasa
berusaha untuk memikirkan cara-cara baru untuk menjalankan kerjanya demi
faedah rakyat dan negara. Dengan ini matlamat-matlamat yang telah ditentukan
dapat dicapai dalam jangka masa yang dijadualkan.
10.2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Seseorang itu haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,
memahami segala implikasi daripada tindakannya serta sanggup menerima
padah atau pujian daripada perbuatan itu.
10.3. Berusaha mengikis sikap pentingkan din sendiri.
Seseorang itu haruslah sentiasa berpandukan kepada peraturan yang
ditetapkan dan tidak mengambil langkah mengikut hati dan perasaannya
sahaja. Beliau mestilah mengamalkan disiplin agar kecurangan dan
penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku.

10.4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
Seseorang itu hendaklah jujur, mesra, muhibah dengan memberi perkhidmatan
kepada rakyat dan negara tanpa mengira keturunan dan pangkat. Seseorang pegawai awam harus berkhidmat dengan penuh perasaan, mesra dan amalan muhibah. Sesuai dengan masyarakat majmuk negara kita, pegawai-pegawai awam dikehendaki bukan sahaja berbaik sesama mereka malah mesti sentiasa menunjukkan rasa kemesraan dan rasa pertimbangan kepada mereka yang datang ke pejabat untuk pertolongan tanpa mengira keturunan dan pangkat mereka.
10.5 Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Seorang itu haruslah membantu rakyat memahami dasar-dasar dan program-
program pembangunan negara. Mereka harusnya memberitahu, membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada rakyat untuk mengambil peluang dalam usaha
pembangunan negara. Matlamatnya agar rakyat dapat berdikari tanpa
mengharapkan pertolongan semata-mata.
10.6 Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara.
Seorang itu haruslah bekerjasama dan membantu negara untuk membanteras
gejala-gejala yang menjurus kepada musuh negara (dari dalam dan luar negara).
10.7 Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Seorang itu hendaklah orang yang mempunyai pegangan kepada ajaran agama
masing-masing. Ini akan memberi kekuatan kepada seseorang itu apabila
berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan.


NILAI DAN ETIKA DALAM PENTADBIRAN AWAM

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

 
NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
 
Ali guru lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia di ibu kota. Beliau telah ditempatkan disalah sebuah sekolah di kawasan luar Bandar. Beliau mendapat tahu bahawa guru yang ditempatkan diluar Bandar sering merungut tentang tugas dan persekitaran kerja yang kurang menyeronokkan.
 
Pada pendapat anda, bagaimanakah beliau dapat menerapkan suasana keseronokan bekerja sebagai salah satu elemen dalam tonggak 12. Berikan contoh-contoh yang sesuai.

JAWAPAN

Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
Dalam kes Ali, pertama, beliau hendaklah menjadikan kerja sebagai suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. Kedua, kerja itu hendaklah dijadikannya sebagai  cabaran yang bukan saja memerlukan daya usaha tetapi juga pemikiran dan kreativiti. Beliau patut merasakan bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan sumbangan yang amat besar untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya beliau akan merasa puas kerana sumbangan kecil beliau itu telah berjaya membangunkan negara.
Ketiga, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh agar dapat diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya yang tersendiri dan menjadi rujukan kepada rakan-rakan yang lain. Apabila beliau menganggap kerja itu sebagai domain atau pengkhususan maka dengan sendirinya beliau akan menjadi pakar yang diiktiraf oleh semua. Perkara-perkara ini akan menghasilkan keseronokan kepada Ali dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru.
Sebagai contoh, setiap kali Ali keluar rumah dan ingin melangkah ke sekolah, beliau patut menerapkan ke dalam diri niat yang baik untuk mendidik anak bangsa, ikhlas kerana Allah SWT. Disusuli dengan doa yang baik dan diredhai Allah. Amalan positif ini akan menimbulkan sikap dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggung jawab dan ikhlas dalam setiap kerja yang dilakukan dan apabila dilakukan secara berterusan akan menghasilkan keseronokan berkerja kepada dirinya.
Keseronokan bekerja sebenarnya lahir daripada sikap yang positif terhadap sesuatu tugas dan sesuatu tugas itu dihasilkan daripada inisiatif diri sendiri. Sebagai contoh, Ali dipertanggung jawabkan menjadi guru untuk persatuan pengakap sekolah. Perkara pertama yang beliau perlu lakukan ialah terima tanggung jawab tersebut dengan hati yang terbuka dan cuba lakukan yang terbaik terhadap tugasan itu. Jangan ada suatu perasaan negatif yang menolak dan alasan-alasan yang merupakan dalih untuk mengelak tanggung jawab tersebut. Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan berusaha mendapatkan nasihat atau tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman mengendalikan persatuan. Ini akan menjadikan kerjanya lebih mudah dan seronok dilaksanakan.
 
Kerja akan menyeronokkan juga jika beliau berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru. Selain itu, untuk menjadikan Ali seronok bekerja, beliau hendaklah diberitahu oleh pihak pengurusan sekolah bahawa kerjanya itu penting dan membantu sekolah meningkatkan pencapaian pelajar. Sekiranya kerjanya dilihat bermutu dan berkualiti,  pengiktirafan sepatutnya diberi  oleh pihak sekolah. Jika ada sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa. 
 
Seterusnya, kerja tidak akan membosankan jikalau Ali mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan kerjanya. Kerja akan menjadi menyeronokan sekiranya hasil kerja diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas. Contohnya, guru besar memberi anugerah pekerja cemerlang kepada Ali pada tahun tersebut memandangkan Ali telah berjaya melahirkan 100%  pelajar yang lulus cemerlang dalam pelajaran matematik yang diajarnya di sekolah itu.
 
Selain itu, daya kreativiti dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif seseorang itu perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya. Sebagai contoh, Ali telah menggunakan pendekatan mengajar dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau menggabungkan teknik multimedia dan kaedah biasa dalam pengajarannya. Beliau mendapati murid-murid seronok untuk belajar dan ini memberikan lebih motivasi kepadanya untuk lebih bersemangat dalam kariernya. 
 
Dalam mencari keseronokan bekerja, beberapa perkara perlu dielakkan agar tidak menjadi penghalang antaranya menganggap kerja sebagai beban, tidak komited, sentiasa mengharap dorongan oleh ketua, tidak diberi masa yang mencukupi, kerja tidak diiktiraf, hanya menunggu arahan, tidak berdisiplin, tidak suka menolong, tidak diberi tanggungjawab yang mencabar, tiada peluang untuk meningkat, tidak dipercayai dan selalu dicurigai. 
 
            Seseorang yang menganggap kerja sebagai beban tidak akan bersemangat untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Ini akan menimbulkan rasa jemu dan bosan. Perkara yang menyebabkan bekerja itu tidak mendatangkan keseronokan ialah persekitaran yang tidak kemas, rakan sejawatan yang tidak bekerjasama dan ketua yang tidak menghargai kerja adalah di antara beberapa keadaan yang tidak mendorong seseorang itu bekerja dengan baik. Selain itu, tabiat "hanya menunggu arahan" adalah contoh kurang disiplin dan tidak bertanggungjawab. Inisiatif dan daya kreatif boleh membuat seseorang merasai keseronokan semasa bekerja.
 
Ketua juga berperanan penting dalam menghsilkan keseronokan bekerja. Ketua yang selalu mencurigai kepemimpinan dan kebolehan pekerjanya akan menimbulkan rasa terasing di kalangan pekerja. Ketua seumpama ini tidak cekap dan tidak ada daya kepemimpinan yang baik. Hal-hal yang mengganggu kerja dan mengakibatkan pekerja menjadi bosan, marah dan tidak berminat ialah:
(i) Gangguan terhadap kerja yang sedang berjalan dihentikan kerana mengutamakan kerja-kerja berupa ad hoc,
(ii) Ketua yang selalu mengubah-ubah keputusan atau membuat perubahanperubahan dengan mendadak,dan
(iii) Pihak atasan yang mahukan hasil kerja dengan segera yang menyebabkan kerja itu menjadi tidak sempurna.

Rasa terasing yang dirasai oleh pekerja itu perlu dikikis kerana ia tidak mendatangkan semangat kerjasama. Rasa terasing akan menimbulkan sifat rendah diri yang tidak sihat dari segi pemupukan semangat berpasukan dan motivasi untuk meningkatkan produktiviti. Pegawai dan kakitangan yang tidak suka membantu biasanya akan diasingkan oleh rakan-rakannya. Selain itu dia sendiri tidak akan dibantu dalam tugas-tugasnya walaupun dalam hal peribadinya. Pegawai dan kakitangan yang selalu merasai jemu terhadap kerja dan lesu semasa membuat kerjanya adalah akibat sikap negatif terhadap kerja. Kerja dianggap tidak penting, diiktiraf dan mendatangkan sebarang keuntungan. Oleh itu, Ali perlu mengelakkan dirinya daripada ganguan-ganguan ini yang menghalangnya daripada merasai keseronokan bekerja.
 
SEMOGA DENGAN BAHAN INI DAPAT KITA GUNAKAN BERSAMA...